SHAH ALAM, 20 Ogos - Skuad angkat berat Terengganu menambah dua pingat penutup kempen menerusi Iskandar Zulkarnain dan Muhammad Al Iqram Hamizan pada hari terakhir saingan angkat berat SUKMA Selangor 2026.
Iskandar Zulkarnain mengejutkan kontijen dengan pungutan pingat perak dalam kategori lelaki 110 kilogram (kg), walaupun bukan atlet sasaran selepas mengumpul keseluruhan 285kg.

Pingat emas menjadi milik tuan rumah, Muhammad Faqrullah dengan jumlah 290kg, manakala Muhammad Alianafiah dari Sabah meraih gangsa selepas mengumpul 275kg.
Sementara itu, Muhammad Al Iqram Hamizan membawa pulang pingat gangsa dalam kategori lelaki melebihi 110kg.

Pingat emas kategori itu menjadi milik atlet Pahang, Muhammad Farris Haikal yang mengumpul 305kg, manakala wakil Johor, Isaac Masne meraih perak dengan 274kg.
Kejayaan dua atlet negeri itu tadi menjadikan pungutan akhir kontijen kepada tiga emas, tiga perak dan tiga gangsa bagi acara angkat berat temasya kali ini.