PETALING JAYA, 16 Ogos- Pasukan Kabaddi Wanita melebarkan peluang untuk melangkah ke peringkat separuh akhir, setelah menang ke atas Pahang dalam Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026, hari ini.
Pengurus pasukan, Zukenaidi Mamat memaklumkan, pada aksi yang berlangsung di Stadium MBSJ sebentar tadi, pasukan Terengganu menang dengan skor 68-22.

"Kita sudah menang dua perlawanan dan tewas satu, jadi kita mensasarkan naib johan kumpulan dan akan berusaha sebaik mungkin esok.
"Untuk pasukan lelaki pula, nasib kita kurang baik kerana kita berada dalam kumpulan maut bersama juara bertahan, Wilayah Persekutuan dan Kedah.

Terdahulu, pasukan wanita menang ke atas Kedah dan kalah kepada Wilayah Persekutuan, namun masih berpeluang meloloskan diri dengan menghadapi Pulau Pinang yang dijadualkan berlangsung esok.
