lightning-solid
Berita :
SUKMA 2026: Ratu Pecut Ragut Emas Kedua
SUKMA 2026: Ratu Pecut Ragut Emas Kedua
Ahmad Zaeem Zainudin
2 jam yang lepas
109

PETALING, 18 Ogos - Atlet Olahraga Terengganu, Izzatul Musfirah Ahmad Kamal Azira membuktikan gelarannya sebagai ratu pecut apabila meraih pingat emas kedua dalam SUKMA Selangor 2026.

Izzatul berjaya mendapatkan podium teratas dalam acara 200 meter (m) wanita dengan catatan masa 24.420 saat, mendahului Lim Mei Yin (Selangor) dengan catatan masa 24.860 saat.

Manakala rakan senegeri, Nor Aliya Najihah Muda turut menaiki podium dengan pingat gangsa menerusi catatan 25.390s.

Meskipun catatan masa 24.4s berjaya meraih emas, Izzatul optimis bahawa dia mampu untuk menghasilkan catatan yang lebih baik.

"Tapi saya rasa bukan sekarang masanya untuk saya pecahkan 'barrier' tersebut dan mungkin untuk ASEAN game saya dapat buat yang terbaik.

"Dan sepertimana saya beritahu, saya pun memang banyak game tahun ini.

"Memang agak penat, saya pun sebenarnya berlari dalam keadaan 'fatigued'," katanya kepada pemberita.

Dalam acara lompat jauh lelaki, Muhammad Harith Haikal Mazli menambah satu lagi gangsa buat Terengganu dengan lompatan terbaik 7.24 meter dalam percubaan pertama.

Pingat emas menjadi milik Muhammad Imran Abdullah (Pahang) dengan 7.45m, manakala Tan Zhi Hang (Pulau Pinang) meraih perak (7.44m).

Secara keseluruhannya, kontijen olahraga Terengganu berjaya mengutip satu emas dan dua gangsa dalam acara yang telah dipertandingkan hari ini.


Artikel Berkaitan