lightning-solid
Berita :
SUKMA 2026: Tangguh Pengajian Setahun, Halimah Berjaya Tukar Gangsa Kepada Emas
SUKMA 2026: Tangguh Pengajian Setahun, Halimah Berjaya Tukar Gangsa Kepada Emas
Mohd Irsyadi Abu Bakar
9 jam yang lepas
130

SHAH ALAM, 15 Ogos - Keputusan Halimah As-Sa'adiyyah Nasir-Tsafe menangguhkan pengajian selama setahun berbaloi, apabila berjaya meraih pingat emas dalam Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026.

Pelajar tahun kedua Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dalam jurusan Pengurusan Sukan itu menyifatkan, pengorbanannya untuk menumpukan perhatian kepada latihan terbalas apabila berjaya memenangi perlawanan akhir Taekwondo, acara Fly Weight bawah 49kg wanita yang berlangsung di IDCC, di sini semalam.

"Ini SUKMA yang kedua saya, di Sarawak saya dapat gangsa tetapi dalam acara Fin Weight bawah 46kg.

"Saya rasa teruja dan bersyukur sebab ini adalah SUKMA terakhir saya," katanya.

Beliau turut berharap agar dapat mengekalkan kecemerlangan dalam bidang sukan dan pelajaran selepas ini.


Tag :

Artikel Berkaitan