• 12 Mei 2024 | 4 Zulkaedah 1445

Sultan Mizan Bersama Rakyat Di Masjid Al-Muktaffi Billah Shah

Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menunaikan Solat Sunat AidilAdha bersama para jemaah. Foto - Tengku Syamim Tengku Ismail
Oleh: Syaharulhafizi Shamsudin

KUALA TERENGGANU - Sultan Terengganu,  Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menunaikan solat sunat Aidiladha bersama rakyat di Masjid Al-Muktaffi Billah Shah, di sini, pagi ini.

Baginda tiba di perkarangan masjid sekitar jam 8 pagi bersama anakanda Tengku Muhammad Ismail dan Tengku Muhammad Mua’az.


Ketibaan baginda disambut Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah.

Hadir sama, Mufti Terengganu, Dato’ Dr. Zulkifly Muda dan Timbalan Pesuruhjaya Hal Ehwal Islam, Mohd Azam Awi.

Selesai solat, jemaah diperdengarkan khutbah yang disampaikan Mufti Terengganu.


Baginda kemudian berangkat menziarahi makam ayahanda, Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah di Makam Diraja masjid berkenaan.

Sultan Mizan berangkat pulang sekitar jam 9.15 pagi.



Tag: