• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Sultan Mizan Sertai Kejohanan Kuda Lasak Piala MB

SETIU, 2 Mac - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin telah mencemar duli mengambil bahagian dalam Kejohanan Kuda Lasak Piala Menteri Besar Terengganu.

Baginda telah berkenan mencemar duli menyertai dalam Kategori Antarabangsa Championship Endurance  National (CEI 1*100)  Kilometer (KM) dengan memakai jersi bernombor 115.

Di samping itu Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain turut mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut bagi kategori Championship Endurance National (CEN) 80 KM dengan memakai jersi nombor 20.

Kejohanan Kuda Lasak Antarabangsa Piala Menteri Besar Terengganu ini bagi kedua-dua kategori telah disertai seramai 84 peserta.

Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri telah menyempurnakan Pelepasan Kejohanan Kuda Lasak bagi dua kategori berkenaan pada petang ini di Terengganu International Endurance Park, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pegawai Kewangan negeri, Dato' Nara Setia.

 


Tag: