• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Sultan Mizan Sertai Saingan 40km RTES-STC Endurance Ride

Sultan Mizan turut beraksi bagi kategori 40km di kejohanan RTES-STC Endurance Ride 2018. Foto oleh Abu Ubaidah Mohd Noor


Kejohanan RTES - STC Endurance Ride 2018  yang berakhir semalam meriah dengan penyertaan lebih 30 penunggang dalam dan luar negara.

Kejohanan berlangsung di Terengganu International Endurance Park (TIEP) di  Lembah Bidong, Setiu itu diadakan selama empat hari bermula 28 Jun lalu dengan empat kategori dipertandingkan.

Kategori 180km dan 40km dipertandingkan pada 28 Jun dan acara pelepasan disempurnakan Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah.

Paling menarik, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin turut berkenan menyertai kategori 40km.


Manakala, kategori 80km dan 120km pula memulakan saingan pada hari berikutnya.

Perlumbaan kategori itu yang tamat semalam penunggang UniSZA Endurance, Nazulki Muda dan penunggang KAET, Muhammad Faris Haikal Mohd Hassan Sa'ari masing-masing menamatkan perlumbaan di tempat pertama.



Tag: