• 18 Jun 2024 | 11 Zulhijah 1445

Sultan Mizan Solat Sunat Aidiladha Di Masjid Al Muktaffi Billah Shah

Sultan Mizan dan Tengku Muhammad Ismail berkenan bersama dengan rakyat jelata mengerjakan solat sunat Aidiladha pagi ini. Foto oleh Tengku Syamin Tengku Ismail.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Al Muktafi Billah Shah, Kuala Terengganu, pagi ini.

Keberangkatan baginda turut diiringi anakanda, Yang Dipertuan Muda, Tengku Muhammad Ismail.


Baginda yang tiba pada jam 7.40 pagi tadi disambut oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman; Setiausaha Kerajaan negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail dan Speaker Dewan Undangan negeri, Dato' Mohd Zubir Embong.

Solat sunat Aidiladha dan khutbah disampaikan Mufti Terengganu, Dato’ Dr. Zulkifly Muda.


Selesai menunaikan solat, Sultan Mizan dan Tengku Muhammad Ismail berkenan meluangkan masa beramah mesra dengan rakyat jelata

Sebelum berangkat pulang, baginda berdua sempat menziarahi makam diraja.

Tag: