• 20 Mei 2024 | 12 Zulkaedah 1445

Sultan Mizan Sukacita Perkembangan Pelaburan Terengganu

KUALA TERENGGANU, 22 April - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menzahirkan rasa sukacita apabila Terengganu masih kekal antara destinasi utama pelaburan di Malaysia.

Baginda bertitah, walaupun berhadapan dengan suasana ekonomi dunia  yang penuh dengan cabaran pada tahun 2023, kerajaan negeri masih berjaya menarik ramai pelabur  ke Terengganu.

"Dengan pelaburan sebanyak RM3.75 bilion dalam sektor pembuatan, pelancongan, dan logistik, Terengganu masih kekal sebagai antara destinasi utama pelaburan," titah baginda pada Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Ke-15 di Wisma Darul Iman di sini, hari ini.

Sultan Mizan juga bertitah keberhasilan dalam pelaburan itu dipacu oleh ekosistem industri yang sudah terbentuk dengan baik melalui dasar dan peraturan yang menyokong perkembangan industri.


Tag: