• 29 Apr 2024 | 20 Syawal 1445

Sumbangan Beg Untuk Pelajar SRIDAF



Oleh : Muhd Afiq Zohir

BESUT, 6 Januari – Pelajar Tahun Satu Sekolah Rendah Islam Darul Furqan ceria (SRIDAF) menerima sumbangan beg untuk sesi persekolahan baharu 2019.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, sumbangan itu hasil inisiatif yang digembleng individu dan badan bukan kerajaan, Muslim Care.


“Kita mengharapkan dengan sumbangan ini dapat menggembirakan serta melancarkan proses pembelajaran anak-anak di SRIDAF.

"Sumbangan ini menandakan bahawa sekolah rendah Islam tidak pernah dipinggirkan oleh masyarakat hari ini," katanya ketika berucap sempena majlis penyampaikan sumbangan beg di SRIDAF, Kampung Batu Tumboh, di sini, hari ini.

Wan Azhar memberitahu, sumbangan bukan sahaja terhad kepada beg tetapi merangkumi bekas pensil dan pensil warna.


Katanya, bantuan diutamakan kepada pelajar yang terdiri dari keluarga yang kurang berkemampuan.

Menurutnya, sumbangan itu diharap dapat meringankan beban yang dihadapi oleh keluarga pelajar terutama yang mempunyai ramai anak bersekolah.

Tag: