lightning-solid
Berita :
Sumbangan Bot Bantu Gerak Kerja Jabatan Amal
Sumbangan Bot Bantu Gerak Kerja Jabatan Amal
Amiirullah Mansor
1 hari yang lepas
83

DUNGUN, 18 Disember — Sumbangan sebuah bot kepada Jabatan Amal Paka (JAM) Paka disifatkan sebagai satu keperluan penting yang akan memudahkan urusan gerak kerja kebajikan, khususnya melibatkan operasi di kawasan perairan dan situasi kecemasan.

Ketua Operasi Jabatan Amal Paka (JAM) Paka, Hafizuddin Norul Azhar berkata sumbangan tersebut amat bermakna dalam mempertingkatkan kecekapan pergerakan pasukan di lapangan.

“Sumbangan bot ini sangat membantu kami, terutama dalam operasi yang melibatkan kawasan sungai, pantai dan penempatan yang sukar diakses menggunakan kenderaan biasa.

“Dengan adanya bot ini, urusan menyampaikan bantuan kepada masyarakat yang memerlukan dapat dilakukan dengan lebih cepat, teratur dan selamat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita semalam selepas penyumbang bot membuat majlis penyerahan ringkas di Surau Darussalam, Paka.

Menurut beliau, kehadiran bot tersebut bukan sahaja mempercepatkan tindakan bantuan, malah mengurangkan risiko serta kekangan logistik ketika operasi dijalankan.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada para penyumbang atas kepercayaan yang diberikan kepada JAM Paka.

“Kami amat menghargai sumbangan dan kepercayaan ini. Insya-Allah, amanah ini akan digunakan sebaik mungkin untuk manfaat masyarakat,” katanya.

Beliau turut mendoakan agar para penyumbang dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan dunia serta akhirat, selain mengalu-alukan sokongan berterusan bagi memperkukuh gerak kerja Jabatan Amal Paka.

600295572_1284952520340958_3546628792533993049_n.jpg 555.64 KB


Tag :

Artikel Berkaitan