• 08 Mei 2021 | 26 Ramadhan 1442

Surau Ar-Rayyan Bukit Merah Siap Dibina

DUNGUN, 18 Mac -Penduduk di sekitar kawasan Kampung Bukit Merah, Jalan Santong, Paka disini menarik nafas lega apabila sebuah surau baharu siap dibina.

Surau Ar-Rayyan yang tersergam indah itu menelan kos hampir RM800,000 termasuk hasil sumbangan derma orang ramai.

Pengerusi Surau Ar-Rayyan, Kholid Mahmud berkata,surau yang berkeluasan 250 kaki persegi itu berjaya disiapkan sebelum Ramadhan.

"Alhamdulillah, jangkaan surau ini siap sebelum Ramadhan mencapai sasaran bahkan awal sebulan siap.

"Perbelanjaan untuk membina surau ini kita perolehi daripada sumbangan orang ramai setelah kita membuka tabung derma. Semoga Allah menjadikan amal jariah setiap derma yang kita terima itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi pihak media selepas Majlis Perasmian Surau Ar-Rayyan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Satiful Bahri Mamat usai kuliah jemputan khas.

Sementara itu, Satiful mengharapkan selari dengan kebenaran solat terawih, masyarakat dapat menghidupkan surau ini pada bulan Ramadhan yang akan tiba. 

"Saya sempat menyampaikan kuliah disini semalam dan sempat merasai kedinginan kipas gergasi yang mana akan memberi keselesaan kepada para jemaah untuk beribadat terutama bulan Ramadhan nanti," ujarnya.


Tag: