lightning-solid
Berita :
Tabung Bencana Pertanian Kekal Aktif Sepanjang Tahun
Tabung Bencana Pertanian Kekal Aktif Sepanjang Tahun
Zahid Mustafar
27 Nov 25
640

KUALA NERUS, 27 November - Kerajaan Terengganu menegaskan bahawa tabung bencana pertanian kekal diaktifkan sepanjang tahun bagi memastikan petani yang berdepan kemusnahan akibat banjir menerima bantuan dengan cepat, tersusun dan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Keterjaminan Makanan Dan Komoditi negeri, Dato’ Dr. Azman Ibrahim berkata, para petani perlu segera membuat laporan sekiranya berlaku kerosakan hasil atau tanaman bagi membolehkan proses bantuan dilaksanakan tanpa kelewatan.

"Musim banjir sebagaimana biasa, tabung bencana pertanian diaktifkan sepanjang tahun, dan para petani kita sudah sedia maklum tentang kewujudan tabung ini.

"Jadi bila berlaku kemusnahan disebabkan air banjir, kita minta buat laporan kepada jabatan berkaitan, buat laporan polis dan kita akan proses untuk salurkan bantuan melalui tabung bencana pertanian Negeri Terengganu," katanya.

AMRZ0240.jpg 1.03 MB
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Program Penyerahan Bantuan Input Penternakan dan Program Peningkatan Populasi Ternakan Ruminan Tahun 2025, di Kampung Banggol Nyior, di sini semalam. 

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim; Pegawai Daerah Kuala Nerus, Ahmad Azizi Zulkifli; Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu, Dr. Anun Man.

Beliau berkata langkah ini penting bagi memastikan setiap kerosakan direkodkan secara rasmi supaya tuntutan bantuan dapat diproses dengan cepat dan mengurangkan beban petani yang terjejas.

"Kerajaan mahu semua maklumat kerosakan direkodkan dengan tepat supaya bantuan sampai kepada mereka yang benar-benar terkesan.

"Mana-mana petani yang menangguhkan laporan dikhuatiri akan melambatkan proses tuntutan di peringkat jabatan," jelasnya.


Artikel Berkaitan