• 24 Apr 2024 | 15 Syawal 1445

SETIU, 5 November - Orang ramai diingatkan menyemak kesahihan sesuatu berita yang diterima sebelum menyebarkannya kepada masyarakat.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail berkata, penyebaran berita atau maklumat yang tidak tepat hanya akan menimbulkan huru-hara dalam kalangan masyarakat.

"Jangan mudah terpengaruh dan terperdaya dengan berita yang tidak benar. 

"Semak dahulu maklumat yang kita terima melalui portal atau laman sesawang yang disahkan," ujarnya.

Shafizi berkata demikian kepada pemberita Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas mengagihkan Warta Darul Iman di sekitar Batu Rakit di sini kelmarin.

Katanya dalam konteks negeri Terengganu, kerajaan telah menyediakan portal TV Darul Iman dan TRDI News sebagai medium terbaharu  penyampaian maklumat rasmi berkenaan kerajaan  negeri kepada masyarakat.

“Oleh itu, kerajaan melalui UPDI giat turun padang dengan mengedarkan risalah bagi memastikan masyarakat setempat mendapat maklumat yang tepat.

“Seperti hari ini (kelmarin), kita mengedarkan risalah mengenai kejayaan kerajaan Terengganu kepada peniaga dan penduduk di Batu Rakit," tambah beliau.


Tag: