• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Taman Ilmu : Tidak Terabai Seperti Yang Difitnah


Projek Taman Ilmu dirancang pada 2004 apabila Kerajaan BN Terengganu kembali memerintah selepas zaman kegelapan pentadbiran Pas selama lima bermula 1999 hingga Mac 2004.
Ilham Menteri Besar ketika itu Dato’ Seri Idris Jusoh untuk mewujudkan satu pusat pendidikan utama Negeri Terengganu yang diberi nama sebagai Taman Ilmu akhirnya direalisasikan.
Hasrat itu menjadi kenyataan setelah mesyuarat kerajaan  negeri bersetuju untuk membuka tanah seluas 280 hektar di Tembila Besut sebagai Hab Pendidikan Negeri Terengganu dengan jumlah kos keseluruhan RM400 juta.
Pembangunan itu adalah dari Rancangan Malaysia Ke-9 yang mana ianya dibangunkan menerusi Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) di kawasan seluas 280 hektar dengan kos kira-kira RM300 juta mulai tahun 2007.
Rancangan ECER ini adalah satu usaha bersama Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri untuk memangkin tahap pembangunan kawasan Pantai Timur semenanjung terutamanya di Terengganu.
Setiap negeri di Pantai Timur ini  akan muncul dengan tema pembangunannya yang tersendiri dan Negeri Terengganu akan dikenali sebagai gerbang pelancongan dan pendidikan bagi Wilayah Ekonomi Pantai Timur.
Projek keseluruhan Taman Ilmu yang mana berkomposisikan komponan bangunan termasuk perpustakaan, kolej kediaman, mini stadium, dewan konvensyen, dewan kuliah dan masjid berjaya disiapkan pada 2012.
Ketika itu Kerajaan BN Terengganu menyiapkan keseluruhan fasiliti untuk kegunaan para warga Taman Ilmu kini dan akan datang di mana ketika itu keseluruhan 90 peratus siap melibatkan 14 kontraktor tempatan.


RANCANGAN DAN PELAKSANAAN

Kini fasa baru Taman Ilmu bermula di bawah Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang terus memandang kehadapan bagi meneruskan agenda pembangunan pendidikan Negeri Terengganu.
Tertangguh bukan bermakna projek kepentingan rakyat akan diabaikan dan diberhentikan terus pembinaannya.
Terengganu yang dikenali sebagai ‘Negeri Anjung Ilmu’ bakal mencipta sejarah tersendiri di bawah pentadbiran Kerajaan BN Terengganu menerusi Menteri Besar, Ahmad Razif  apabila Taman Ilmu mula diisi dengan beberapa buah universiti.
Ketika ini Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menempatkan pelajar mereka seramai 250 orang pelajar lelaki dari Kampus Besut  dan bakal diisi lagi sehingga 500 orang setelah siap dibaikpulih blok asrama yang kedua nanti.


Selain UniSZA beberapa Institut Pengajian Tinggi (IPT) lain menunjukkan minat untuk membuka kampus pengajian di Taman Ilmu termasuk Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Aswara ditubuhkan pada 1994 dengan nama asal Akademi Seni Kebangsaan akan dijenamakan sebagai Universiti P.Ramlee (UPR) sempena penghargaan kerajaan atas sumbangan seniman agung itu dalam industri hiburan tanah air.
Satu perjanjian akan dimeterai oleh Kerajaan BN Terengganu dengan UMK serta Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan pada pertengahan Mac ini serta perkembangan itu juga, Terengganu akan memiliki sebuah lagi universiti awam tempatan.
Menurut Ahmad Razif sebelum ini, konsep yang digunakan dalam Taman Ilmu adalah sharing facilities bermaksud kerajaan negeri sedia tapak sahaja dan mana-mana IPT ingin membuka kolej mereka atau pejabat, bangunan pusat pembelajaran perlu bina sendiri dan kerajaan negeri hanya sediakan tapak serta keperluan lain seperti hostel, masjid, perpustakaan dan mini stadium.
Katanya, semua kelengkapan ini sudah ada cuma perlu buat sedikit pengubahsuaian akhir.
‘Taman Ilmu kita akan bangunkan mengikut asas iaitu melibatkan beberapa universiti dan kita akan libatkan IPTA, IPTS yang boleh memberi impak yang baik kepada pembangunan pendidikan Negeri Terengganu.
Hari ini dengan slogan ‘Terengganu Molek Doh’ dan ianya berada di landasan yang betul dan terbaik bagi memacu sebuah kerajaan yang cukup cakna akan pendidikan rakyatnya yang mana melahirkan rakyat yang berilmu, beramal dan berbakti suatu hari nanti.

SALAH LAPOR DAN FITNAH


Kenapa dikatakan salah lapor? Pihak yang berkepentingan politik akan melihat dari sudut yang negatif dan cuba menutup kebenaran. Paling teruk, mereka melapor dengan niat jahat agar rakyat Terengganu khasnya keliru tentang apakah perancangan dan pelaksanaan yang sedang berjalan dalam projek yang bakal membawa banyak manfaat kepada rakyat setempat khasnya dan negara amnya.

Kenapa tidak laporkan tentang fasa pembinaan yang telah siap dan sudah diguna pakai? Masjid Taman Ilmu sudah sempurna pembinaan dan kegunaannya meliputi solat lima waktu, solat Jumaat dan solat sunat Hari Raya Aidil Fitri termasuk Solat Sunat Hari Raya Aidil Adha.

Kalau jujur maka laporkan secara keseluruhan apa sebenarnya ‘berlaku’ di Taman Ilmu. UniSZA juga telah menggunakan dua blok bangunan di Taman Ilmu sebagai asrama kediaman pelajar. Kenapa perkara sebegini tidak dilaporkan?

Betulkan laporan dan bukannya meneruskan salah lapor hanya bersandarkan ‘pembuktian’ penglihatan mata kasar.

Perlu timbulkan persoalan sama ada kepada pihak yang sedang menguruskan Taman Ilmu atau pun sekurangnya bertanyakan diri sendiri. Logikkah ‘spotlight’ tumbang sendiri akibat tidak dijaga selama lebih enam bulan?

Menurut beberapa sumber tempatan, keseluruhan bangunan tersebut diberikan kawalan keselamatan yang sempurna sehinggakan berlakunya kecurian dan pencerobahan  yang cukup terancang.

Tiang lampu limpah (highmast) tersebut yang tingginya kira-kira 30 meter dan berat dianggar tiga tan ditumbangkan sebanyak empat unit tanpa meninggalkan kesan hentakan yang kuat dipermukaan tanah dan trek balapan di mini stadium. Ianya hanya boleh dilakukan menggunakan jentera berat serta membuktikan bahawa tenaga manusia tidak dapat menumbangkan tiang tersebut.

Apakah ianya satu jenayah terancang yang dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan melakukan jenayah mencuri dan merompak?

Melapor biarlah tepat dan betul dan bukannya bermotifkan politik serta sama-sama membantu agar apa yang diusahakan kerajaan menjadi kenyataan.



PENCEROBOHAN DAN KESELAMATAN

Kerajaan negeri telah mewartakan kawasan Taman Ilmu itu sebagai kawasan larangan kepada orang awam dan jika ingin memasuki kawasan berkenaan seharusnya mendapat kebenaran daripada pengawal keselamatan.

Kesalahan menceroboh kawasan larangan boleh diambil tindakan didakwa mengikut “Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959” dalam erti kata “kawasan larangan” ertinya mana-mana kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan larangan mengikut peruntukan-peruntukan seksyen 4;.

-Terengganu.news

Tag: