• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Taman Permainan Rosak : MBKT Ambil Tindakan Segera

KUALA TERENGGANU, 24 Januari - Taman Permainan Batu Buruk akan dinaik taraf secepat mungkin demi keselamatan pengunjung.

Datuk Bandar Majlis Bandar Raya Kuala Terengganu (MBKT), Rozali Salleh berkata, pihaknya akan melakukan penambahbaikan infrastuktur di taman awam tersebut.

"Kita telah meneliti aduan yang dibangkitkan berkenaan kemudahan di taman tersebut.

"Langkah segera akan diambil oleh MBKT dengan meletakkan 'rubber mat' di tapak gelonsor dan balutan 'fiber' di gelongsor tersebut bagi mengelakkan kejadian sama berulang kembali," katanya ketika dihubungi Urus Setia Penerangan Darul Iman hari ini.

Jelas Rozali, kemudahan taman permainan di kawasan tersebut terpaksa dinaik taraf kepada binaan konkrit atas faktor cuaca seperti air masin dan cuaca panas.

"Selain itu, alat pemainan juga sering berlaku kerosakan disebabkan kegiatan vandalisme yang tidak bermoral.

"Kita juga pernah menemui pisau lipat yang disyaki digunakan untuk merosakkan harta awam tersebut," ujarnya.

Justeru itu, pihaknya terpaksa membina taman permainan itu daripada konkrit bagi memastikan ia tahan lebih lama selain menjimatkan kos penyelengaraan.


Tag: