lightning-solid
Berita :
Tandas Awam Rantau Abang Dinobatkan Tandas Terbaik Dalam Negeri Terengganu
Tandas Awam Rantau Abang Dinobatkan Tandas Terbaik Dalam Negeri Terengganu
Muhammad Afiq Fahmi Ahmad Faris
18 jam yang lepas
300

DUNGUN, 19 Disember – Tandas Awam Rantau Abang milik Majlis Perbandaran Dungun (MPD) telah mencatatkan pencapaian membanggakan apabila dinobatkan sebagai Tandas Terbaik dalam Anugerah Seri Iman 2025, sekali gus mengharumkan nama daerah Dungun di peringkat negeri.

Anugerah berprestij tersebut telah diberikan kepada 39 orang pemenang merangkumi 20 kategori utama yang dipertandingkan, melibatkan pelbagai sektor industri pelancongan di negeri Terengganu.

Majlis penyampaian anugerah berkenaan telah disempurnakan dengan penerimaan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun, Lukeman Meri Salleh @ Abdul Latif, yang mewakili pihak MPD.

Pencapaian itu mencerminkan komitmen berterusan Majlis Perbandaran Dungun dalam memastikan kemudahan awam sentiasa berada pada tahap kebersihan, keselesaan serta kualiti terbaik, selari dengan usaha memperkasakan imej pelancongan daerah Dungun sebagai destinasi pilihan pengunjung tempatan dan antarabangsa.

Kejayaan tersebut turut membuktikan bahawa pengurusan kemudahan awam yang sistematik dan berfokus mampu memberikan impak positif kepada kesejahteraan masyarakat setempat serta pengalaman pelancong yang berkunjung ke Pantai Rantau Abang.

Majlis Perbandaran Dungun merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung atas kejayaan yang amat membanggakan ini.


Tag :

Artikel Berkaitan