KUALA TERENGGANU, 16 Mei - Meskipun dengan ketiadaan pemain tonggak pasukan, Faizal Saari, Terengganu Hockey Team (THT) masih tampil garang dalam saingan Liga Hoki Malaysia apabila menewaskan UiTM HA-KPT 5-1 di Stadium Hoki MBKT, di sini, petang tadi.
Berbekalkan kemenangan itu tadi, dengan 14 mata, THT masih mempunyai peluang untuk kekal berada di dalam kelompok teratas liga musim ini.

Walau bagaimanapun, penjaga gol THT, Mohamad Hazrul Faiz Ahmad Sobri dengan mudah menafikan percubaan pasukan pelawat, mengakhiri babak suku kedua tanpa sebarang mata oleh kedua-dua pasukan.
Memasuki suku ketiga, Keenan Craig Horne menambah gol kedua THT pada minit ke-35 sekali gus memberi sedikit kelegaan buat tuan rumah.

THT kembali memperkemaskan permainan dan mula berjaya melebarkan jurang jaringan pada minit ke-41 menerusi Mohammad Harris Iskandar Osman yang menyempurnakan gol ketiga pasukan untuk kedudukan 3-1.
Bersambung suku keempat, Muhammad Amirul Haniff Mamat terus menambah derita UiTM apabila menjaringkan gol keempat menerusi gol padang pada minit ke-47.

THT dijadualkan menentang Young Elephants Pahang esok (17 Mei) di Wisma Belia, Kuantan, Pahang.