• 24 Apr 2024 | 15 Syawal 1445

Tazkirah Ramadan Meriahkan Bazar



Oleh: Nooreni Abu Bakar

DUNGUN, 2 Jun- Program Madinah Ramadan di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang yang diadakan di Bazar Ramadan memberi kelainan dengan adanya pengisian termasuk tazkirah dan pelbagai program yang mendidik masyarakat.

Ahli Majlis Perbandaran Dungun, Serena Lim Abdullah berkata, sebelum ini pengunjung bazar hanya sekadar membeli juadah berbuka.

"Tetapi kali ini dengan adanya tazkirah dapat menjadi halwa telinga dan diharapkan pesanan yang disampaikan akan berbekas dihati.

"Malah, Muslimat DUN turut mengambil kesempatan untuk mengedarkan 250 bekas bubur lambuk kepada pengunjung yang bukan sahaja daripada DUN Rantau Abang tetapi juga kawasan lain," ujarnya  yang juga Timbalan Ketua Muslimat PAS DUN ketika ditemui di Bazar Ramadan, Batu 48 di sini baru-baru ini.


Menurutnya, selain bubur lambuk yang menjadi menu kegemaran berbuka puasa, risalah yang diterbitkan oleh kerajaan negeri turut diedarkan untuk menyampaikan mesej dan hasrat kerajaan kepada orang awam.

Program anjuran Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) dengan kerjasama Majlis Tindakan DUN itu bermula 28 Mei lalu dan akan berakhir  pada 3 Jun ini.

Tag: