• 02 Mei 2024 | 23 Syawal 1445

TDI Bantu Lima Pesakit Kronik


Oleh: Fidee Aziz

KUALA TERENGGANU, 23 Disember: Golongan yang tidak bernasib baik terus mendapat perhatian kerajaan negeri apabila lima daripada mereka menerima bantuan dari sekretariat Tabung Darul Iman (TDI) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk.

Pegawai Khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Abdul Fattah Ghani berkata penerima-penerima bantuan tersebut terdiri dikalangan pesakit buah pinggang dan kencing manis kronik.

“Antara pesakit yang menerima cek tersebut ialah penduduk dari Kampung Kubang Ikan, Kampung Aur, Simpang Empat Chendering dan Taman Permin Jaya.

"Semoga dengan adanya sumbangan ini daripada pihak kerajaan dapat meringankan sedikit beban mereka.

"Kami berdoa semoga mereka tabah menghadapi ujian ini,” katanya ketika ditemubual wartawan di Chendering, semalam.

Cek bernilai RM300, RM500 dan RM800 setiap seorang itu diberi berdasarkan kadar keperluan yang dinilai TDI.

Penyerahan tersebut disampaikan Abdul Fattah dalam Program Ziarah dan Serahan Bantuan TDI yang turut dihadiri Pegawai Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera(i-MiTS) DUN Batu Buruk, Mohd Kazman Ishak serta Mohd Hanafi Ismail.


Tag: