• 04 Mei 2024 | 25 Syawal 1445

'Ten-Pin Bowling' Pertandingan Mahabbah ADUN Terengganu

Team 31 memenangi tempat pertama Pertandingan TenPin Bowling anjuran Pejabat DUN Terengganu.
KUALA TERENGGANU,  1 Disember - Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bersama Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Haji Yahaya Ali serta Ahli-ahli DUN bersantai mengadakan pertandingan '10 Pin Boling' (Ten-Pin Bowling) bagi menjalinkan hubungan mesra antara mereka. 

Ini membuktikan hasrat Kerajaan Terengganu menghentikan politik 'baloh' antara pihak pembangkang (Barisan Nasional-BN) dan kerajaan (PAS) benar-benar direalisasikan. 

Jalinan kemesraan itu berlaku dalam pertandingan campuran antara ADUN Kerajaan dan Pembangkang seolah-olah tiada istilah pembangkang di negeri Terengganu sama ada dalam Persidangan DUN yang baru selesai kelmarin dan dalam program tersebut.

Ustaz Wan Sukairi (kiri) menerima hadiah khas juri dari Menteri Besar. 
Kenyataan itu disuarakan sendiri oleh Menteri Besar dan Yang Dipertua DUN ketika berucap di akhir majlis pertandingan mahabbah itu. 

Sementara itu,  Team 31 diisytiharkan sebagai pemenang tempat pertama Pertandingan 'Ten-Pin Bowling' anjuran Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di Tingkat 8, Paya Bunga Square, Jalan Tengku Embong Fatimah di sini kelmarin. 

Pasukan tersebut berjaya mendapat 640 markah. 

Team itu disertai oleh Menteri Besar,  Dr Ahmad Samsuri Mokhtar,  Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A Rahman Yahya dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Haji Yahaya Ali. 

Sementara Team 29 mendapat tempat kedua, terdiri dari ADUN (PAS) Ladang,  Dato' Tengku Hassan Tengku Omar,  ADUN (BN) Seberang Takir,  Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan ADUN (BN) Bukit Besi,  Haji Roslee Daud dengan memperoleh 633 markah. 

Sementara Team 33 memenangi tempat ketiga dengan mendapat 632 markah. 

Team itu terdiri dari ADUN (BN) Batu Rakit,  Haji Bazlan Abd Rahman,  ADUN (PAS) Manir,  Haji Hilmi Harun dan ADUN (PAS) Sura,  Haji Wan Hapandi Wan Nik. 

Sebanyak dua hadiah khas juri dipertandingkan termasuk pemain paling banyak jatuhan pin dan paling terendah perolehan markah. 

Sebanyak 11 pasukan berentap dalam pertandingan tersebut. 


Tag: