• 23 Apr 2024 | 14 Syawal 1445

Terengganu Agih RM4.188 Juta Kepada MPKK

KUALA TERENGGANU, 9 September -  Kerajaan Terengganu bersetuju untuk menyalurkan bantuan geran bernilai  RM4.188 juta kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di seluruh negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata sebanyak 1,047 MPKK akan memperolehi bantuan itu dengan setiap entiti menerima RM4,000.

Katanya, ia diberikan secara 'one-off' dan dijamin tiada MPKK yang tercicir.

"Penyaluran geran ini adalah bantuan jangka pendek bagi tahun 2020 dalam rangka keprihatinan kerajaan negeri.

"Ia bagi merangsang perancangan serta pelaksanaan aktiviti kemasyarakatan di peringkat kampung dalam melalui fasa PKPP sekarang ini.

"Kerajaan negeri komited untuk mempastikan pengurusan MPKK Terengganu sentiasa berada pada tahap terbaik dalam memberikan khidmat bakti kepada rakyat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Tag: