• 16 Mei 2024 | 8 Zulkaedah 1445

Terengganu 'Bidik' Pendapatan Baru daripada Silika

KUALA TERENGGANU, 29 April - Terengganu bertekad untuk mengoptimumkan hasil silika sebagai satu sumber pendapatan baru bagi kerajaan negeri dan rakyat Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, dalam usaha memaksimumkan potensi silika di Terengganu,.

Kerajaan negeri telah menetapkan dua fokus utama yang akan menjadi landasan bagi pembangunan industri tersebut katanya termasuk meningkatkan hasil silika sebagai pendapatan utama bagi penduduk tempatan dan kerajaan negeri. 

"Kedua, adalah mewujudkan industri pertengahan dan hiliran yang lebih aktif dalam teknologi tinggi silika.

"Pihaknya juga berhasrat untuk menyelaraskan pelabur-pelabur dalam bidang 'midstream' dan 'downstream' untuk berinvestasi di negeri ini," katanya dalam hantaran di laman facebook rasmi miliknya, pada baru-baru ini.

Beliau berkata, ia susulan bengkel halatuju industri silika negeri Terengganu telah diadakan hari ini, dihadiri oleh dua pemain utama iaitu Terengganu Silica Consortium Sdn Bhd (TSC) dan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT).

Menurutnya, kedua pemain utama itu bertanggungjawab dalam pengendalian tanah yang mengandungi silika di Terengganu.

Nurkhuzaini berkata, ianya satu perkembangan yang baik dan kita berada di atas landasan yang betul untuk memastikan hasil silika yang ada di Terengganu ini dapat dimanfaatkan oleh rakyat negeri Terengganu dan juga kerajaan negeri.

"Langkah ini diharapkan dapat membuka peluang baru dan memberikan manfaat ekonomi yang besar kepada Terengganu serta membantu dalam pembangunan industri tempatan.

“Insya-Allah kita akan susun yang terbaik dan kita akan melangkah seiring dengan moto kita, ‘Terengganu Maju Berkat dan Sejahtera’,” ujarnya.

 

 

 

 


Tag: