• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Terengganu Harap Pulang Dengan Kejayaan

Ustaz Satiful Bahri Mamat (tengah) berucap kepada media selepas perjumpaan ramah mesra tersebut.
Oleh: Muhd Lukman

KUALA TERENGGANU- Kerajaan negeri  mengharapkan pasukan Terengganu membawa kejayaan membanggakan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 yang akan diadakan di Perak dari 12 hingga 22 September ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, YB Ustaz Saiful Bahri  Mamat, berkata dia mengharapkan pasukan Sukma Terengganu mampu melakukan yang terbaik dan mampu memperoleh pingat.

Katanya, setiap perkara yang kita buat kita dahulukan dengan bismillah dan kita letakkan segala pengharapan kita kepada Allah S.W.T agar beroleh kejayaan, InsyaAllah ada pertolangan dari-Nya.

"Kita perlu mengharumkan Terengganu bahkan menangkis pandangan remeh pasukan lain terhadap pasukan Terengganu.

"Saya berharap pasukan kita dapat menyumbang sebanyak mungkin emas buat Terengganu dan boleh mengatasi pencapaian Sukma kita yang lepas,”katanya yang  merupakan bapa angkat kepada Pasukan Menembak Terengganu.

Beliau berkata demikian ketika ditemubual selepas Perjumpaan Ramah Mesra bersama Pasukan Menembak Negeri Terengganu di Kompleks Seri Iman, Kuala Terengganu petang semalam.


YB Ustaz Saiful yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka turut memberikan kata-kata semangat dan sedikit tips untuk mereka beroleh kejayaan dalam pertandingan tersebut.
Beliau juga sempat mengingatkan para pemain supaya menjaga kesihatan untuk menghadapi sukan ini tidak lama lagi.

“Jangan lupa jaga etika dan adab kita semasa berada di negeri orang kerana kamu semua membawa nama negeri ini, perlu menunjukan contoh tauladan yang baik kepada para atlit lain,”katanya.


Tag: