• 16 Mei 2024 | 8 Zulkaedah 1445

Terengganu International Bike Meet 25 Hingga 27 November Ini


Terengganu International Bike Meet yang bakal menghimpunkan peminat permotoran dalam dan luar negara akan diadakan di Pulau Warisan Kuala Terengganu dari 25 hingga 27 November ini.

Program yang julung kali dianjurkan Terengganu Riders Group itu turut mendapat kerjasama daripada kerajaan negeri.

Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman dijangka akan merasmikan himpunan pencinta roda dua itu pada 26 November.

Pelbagai acara menarik disediakan termasuk pertandingan airbrush motosikal, pertunjukan pocket bike, skill riding dan pelbagai lagi.

Yuran pendaftaran hanya RM50 seorang dan terbuka kepada semua jenis motosikal dimana peserta turut berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah lumayan antaranya motosikal Yamaha 125ZR dan Yamaha Y15ZR.

Tag: