• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

Terengganu Johan Piala Presiden


Terengganu FC III penyumbang piala pertama untuk Terengganu baharu. 
KUALA TERENGGANU - Terengganu mendapat Piala Pertama dalam Kejohanan Bolasepak Piala Presiden selepas PAS mengambil alih teraju pemerintahan Pasca Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) yang lalu.

Serentak itu Kerajaan Negeri mengucapkan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga kerja khususnya para pemain pasukan bolasepak Terengganu FC III kerana berjaya menggondol Piala tersebut dalam pentas final di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Cheras, 29 Ogos lalu.

Ucapan itu dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri,  Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah dalam status facebooknya beberapa hari lalu.

Katanya,  itu adalah piala pertama diperolehi dalam aktiviti sukan Pasca Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) di bawah kerajaan baharu.

Beliau juga turut mengucapkan tahniah kepada Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Timbalannya,  Haji Hishamuddin Abdul Karim atas kejayaan itu.

Haji Hishamuddin, pengurus dan 'team' jurulatih pasukan turut memberi sokongan padu kepada pasukan yang digelar 'Sang Penyu' itu pada malam perlawanan.

Di pentas final itu  Terengganu FC III mengalahkan Kedah dengan dua gol berbalas satu,  untuk mempastikan piala kejohanan milik Sang Penyu.


Terengganu FC III menyumbat gol ke gawang Kedah masing-masing melalui Mohamad Raimi di minit ke 13 dan Mohamad Samsul di minit ke 102 apabila perlawanan berlanjutan ke masa tambahan.

Manakala Kedah mendapat gol seawal minit ke dua melalui Aminuddin Abu Bakar. 

Tag: