lightning-solid
Berita :
Terengganu Kembali Dilanda Banjir, 2 PPS Dibuka di Hulu Terengganu
Terengganu Kembali Dilanda Banjir, 2 PPS Dibuka di Hulu Terengganu
Mastura Jamal Din
9 jam yang lepas
127

HULU TERENGGANU, 14 Disember - Terengganu kembali dilanda banjir apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Hulu Terengganu pada petang ini ekoran hujan lebat berterusan sejak malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT) memaklumkan seramai lapan mangsa daripada 2 keluarga kini ditempatkan di PPS Kampung Lubuk Periuk.

Sementara itu di Masjid Kampung Peneh membabitkan 45 mangsa  daripada 16 keluarga.

Menurut JPBNT trend bilangan mangsa setakat enam petang menunjukkan peningkatan susulan hujan masih berterusan. 

Sementara itu, laman rasmi Public Infobanjir memaklumkan, Sungai Tersat di Kampung Sekayu,  melebihi paras bahaya sebanyak 0.5m dari aras 21.5m.

Manakala Sungai Telemong di Kuala Ping pula melebihi paras amaran iaitu 19.23m sebanyak 0.53m .

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk yang dijangka melanda seluruh negeri Terengganu  bermula Ahad hingga Khamis ini.



Tag :

Artikel Berkaitan