• 02 Mei 2024 | 23 Syawal 1445

Terengganu Maju, Berkat Dan Sejahtera Rentasi Sempadan Kaum


Oleh: Aminji

KEMAMAN, 23 Disember - Slogan 'Terengganu, Maju, Berkat dan Sejahtera yang diamalkan oleh kerajaan negeri dapat dirasai oleh setiap anggota masyarakat tanpa mengira warna kulit, bangsa dan agama.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Abdul Razak Ibrahim berkata, kerajaan tidak akan meminggirkan mana-mana pihak dalam menerima bantuan sekiranya layak.

"Pertemuan ini membuktikan bahawa tiada benteng pemisah diantara kaum di negeri ini.



"Kita mahu masyarakat yang berbilang kaum ini hidup harmoni, aman damai dan tiada yang ketinggalan daripada menerima bantuan yang disalurkan kerajaan.

"Saya juga berharap agar pertemuan ini menjadi titik tanda persaudaraan dan persahabatan antara kita.



"Ini bertepatan dengan kehendak kerajaan supaya masyarakat berkasih sayang yang diterapkan oleh Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dalam pentadbirannya," katanya ketika berucap dalam Program Bantuan Perayaan Deepavali di Perasing Jaya, semalam.

Seramai 99 penerima bantuan terdiri daripada kaum India menerima sumbangan wang tunai RM250 seorang.

Sumbangan tersebut bertujuan untuk membantu meringankan beban sara hidup majoriti peserta yang berkerja di ladang berdepan keadaan cuaca tidak menentu.

Program turut dimeriahkan dengan kehadiran Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Masyarakat & Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat, Pegawai Khas Hal Ehwal Bukan Islam kepada Menteri Besar, Dr. G. Balachandran dan wakil masyarakat hindu Jabor Estate, Sivakumar.


Tag: