Berita :
Terengganu Marvels Juara NSL 2026!
Terengganu Marvels Juara NSL 2026!
Mohd Irsyadi Abu Bakar
3 jam yang lepas
70

KUALA TERENGGANU, 10 Mei - Terengganu Marvels dinobatkan sebagai juara CelcomDigi Netball Super League (NSL) 2026 setelah menewaskan Johor Jewels 70-63 pada perlawanan akhir, petang tadi.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Juara, Terengganu dan Johor terikat 17-17 pada aksi sengit suku pertama perlawanan.

Johor Jewels yang turun sebagai pasukan pilihan dalam edisi kali ini banyak bergantung kepada bontang antarabangsa merek, Gretel Bueta dan Laura Langman.

Bagaimanapun, persembahan cemerlang Siti Maisarah Affandi dan Tendai Masamba membantu Terengganu Marvels bangkit mendahului 36-32 pada suku kedua.

Pada suku ketiga, Terengganu Marvels mengambil kesempatan melebarkan jurang jaringan kepada 53-42 setelah tonggak kebangsaan dari Johor Jewels, An Najwa Azizan mengalami kecederaan.

Johor cuba bangkit, namun Terengganu berjaya mempertahankan kelebihan sekali gus muncul juara buat kali pertama dalam tiga penyertaan serikandi pantai timur itu.


Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan