Pulau Bidong Diwartakan Sebagai Taman Negeri Lindungi Khazanah Biodiversiti
KUALA TERENGGANU, 3 Oktober - Kerajaan negeri ketika ini dalam keadaan bersiap siaga menghadapi kemungkinan bencana banjir dan hujan lebat yang dibawa oleh angin Monsun Timur Laut.
Menteri Besar, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, satu mesyuarat melibatkan pihak berkuasa negeri telah diadakan baru-baru ini sebagai persediaan menghadapi bencana berkenaan.
“Menerusi menyuarat terbabit, kita telah mendapat taklimat daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berkaitan fenomena yang berlaku.
“Ia termasuk bilakah jangkaan Monsun Timur Laut akan sampai dan kemungkinan-kemungkinan yang boleh berlaku. Insya-Allah kita bersedia. Setiap tahun kita sentiasa berdepan perkara yang sama, doakan tidak ada banjir buruk di Terengganu,” ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis Penutup Seminar Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Terengganu Penggal 2024-2026 di Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), di sini, semalam.
Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar (Pengurusan Bencana), Hanafiah Mat memaklumkan, lebih RM4.2 juta diperuntukkan oleh kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri bagi persediaan menghadapi banjir di Terengganu pada tahun ini.