• 01 Mac 2024 | 20 Syaban 1445

Terengganu Tambah Penguatkuasa Syariah

KUALA TERENGGANU, 29 November - Kerajaan Terengganu berhasrat menambah bilangan penguatkuasa syariah di negeri ini tahun hadapan. 

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Dato' Satiful Bahri Mamat berkata, ia bagi menampung bidang tugas dan tanggungjawab dalam bidang tersebut. 

Katanya, setakat ini hanya terdapat 85 penguatkuasa syariah yang sedang menjalankan tugas di seluruh daerah. 

"Daripada jumlah itu 17 orang ditempatkan di ibu pejabat, Kuala Terengganu (9), Kemaman (12), Dungun (9), Besut (9), Hulu Terengganu (10), Marang (5), Setiu (7), Kuala Nerus (7).

"Kalau kira bilangan tidak cukup dengan jumlah rakyat Terengganu kira-kira 1.2 juta orang," ujarnya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Hilmi Harun (PAS-Manir) dalam sesi soal jawab lisan di Persidangan Dewan Undagan Negeri (DUN) Terengganu, hari ini.

Katanya, kerajaan negeri juga sedang membuat penambahbaikan terhadap portfolio jabatan penguatkuasa syariah di semua peringkat.