• 02 Mei 2024 | 23 Syawal 1445

Terengganu Tanggung Tunggakan Cukai Pintu RM44 Juta



Oleh: Safwan Syakir

KUALA NERUS, 23 Disember -Kerajaan Terengganu menanggung kos tunggakan cukai pintu  kira-kira RM 44 juta selepas  Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengumumkan pengecualian cukai taksiran dan menghapus kira cukai tertunggak untuk semua premis kediaman berkuat kuasa 1 Januari 2019.

Perkara itu diumumkan Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ketika membentangkan Belanjawan Terengganu 2019 di Dewan Undangan Negeri (DUN), baru-baru ini.

Langkah itu dilaksanakan bagi memenuhi janji manifesto PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, pengecualian itu adalah untuk rumah yang diduduki sahaja, melainkan rumah itu didiami oleh keluarga isteri kedua, manakala rumah dibina atau dibeli bertujuan untuk disewa tetap akan dikenakan cukai kerana dikira berniaga.

“Cukai pintu tidak boleh dihapus tetapi diturunkan kepada kadar kosong peratus kerana ia tertakluk dibawah akta Kerajaan.

Tempatan,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Kecemerlangan UPSR Sekolah Kebangsaan Duyong 2018 bertempat Di Dewan Sivik Pulau Duyong semalam.

Seramai Dua murid berjaya memperolehi keputusan 6 A dan  tiga murid berjaya mendapat 5A daripada 67 murid yang menduduki  peperiksaan UPSR di sekolah itu, baru-baru ini.

Tag: