• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Terengganu Tuan Rumah Boling Padang Peringkat Antarabangsa

Wan Nawawi memotong pulut kuning sebagai simbolik merasmikan Kejohanan Lawn Bowls International Open Fours Championship Terengganu. Foto  Tengku Syamim Tengku Ismail


Terengganu mencatat sejarah apabila terpilih menjadi tuan rumah bagi `Kejohanan Lawn Bowls International Open Fours Championship Terengganu  2017' yang berlangsung di gelanggang boling padang, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus, bermula semalam.

Kejohanan yang berlangsung sepanjang lima hari, berakhir 23 April itu menampilkan 64 pasukan termasuk dari Hong Kong serta empat pasukan paralimpik melibatkan Pahang, Kelantan, Johor dan Terengganu.

Presiden Persatuan Boling Padang Terengganu,  Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail berkata, Terengganu bakal menghantar 11 pasukan antaranya pasukan Sukma Terengganu, MSNT, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu, UMT, Paralimpik Terengganu, UniSZA dan SUK Terengganu.

Katanya, pemilihan Terengganu sebagai tuan rumah  merupakan satu pengiktirafan besar dan bertepatan dengan kempen Visit Beautiful Terengganu 2017 .

“Peserta bukan sahaja dapat menyertai kejohanan dan menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi sepanmjang persaingan, malah boleh mengambil peluang sepanjang berada di Terengganu dengan melawati pelbagai tempat menarik, termasuk Taman Tamadun Islam, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, Pasar Payang dan Pantai Batu Burok,”katanya.


Tag: