lightning-solid
Berita :
Terengganu Wajibkan Tulisan Jawi Pada Papan Tanda Iklan
Terengganu Wajibkan Tulisan Jawi Pada Papan Tanda Iklan
Rohayati Ripin
2 jam yang lepas
56

KUALA TERENGGANU, 20 Ogos – Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) mengingatkan para peniaga serta pengguna perkhidmatan pengiklanan supaya memastikan tulisan Jawi digunakan pada setiap papan tanda iklan yang dipamerkan dalam kawasan pentadbirannya.

Datuk Bandar Kuala Terengganu, Lizan Che Mat berkata, penggunaan tulisan Jawi merupakan antara syarat wajib yang ditetapkan MBKT bagi setiap permohonan iklan.

Menurutnya, permohonan iklan yang tidak memenuhi syarat berkenaan tidak akan mendapat kelulusan daripada pihak MBKT.

“Sekiranya syarat tersebut tidak dipatuhi, MBKT tidak akan meluluskan permohonan iklan berkenaan.

“Bagi iklan yang dipamerkan tanpa kelulusan, tindakan kompaun sebanyak RM500 boleh dikenakan,” katanya ketika dihubungi pemberita Urus Setia Penerangan Darul Iman, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Datuk Haslina Abdul Hamid berkata, tulisan Jawi mempunyai kedudukan penting dalam sejarah negara, khususnya sebagai medium penyebaran ilmu, pentadbiran, persuratan serta perkembangan tamadun Melayu sejak sekian lama.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Perasmian Karnival Buku dan Semarak Jawi 2026, baru-baru ini.

Menurutnya, Karnival Semarak Jawi 2026 menjadi antara platform penting dalam menyemarakkan kecintaan terhadap ilmu, selain mengangkat martabat tulisan Jawi sebagai warisan budaya negara.

“Justeru, menjadi tanggungjawab kita bersama untuk memastikan warisan ini terus dipelihara, dipelajari dan diwariskan kepada generasi akan datang,” katanya.


Tag :

Artikel Berkaitan