• 02 Mei 2024 | 23 Syawal 1445

'Terima Kasih YB' - Sahabudin


Oleh: Nizam at-Takiri

KUALA NERUS, 18 Julai - “Terima kasih YB (Yang Berhormat) kerana ziarah ayah,” kata Mohd Sahabudin Mohd Rozali, 32, anak kepada pesakit jantung, Mohd Rozali Mohamad, 59, sewaktu menerima kunjungan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali, di Kampung Tanjung Sabtu, baru-baru ini.

“Ayah saya telah mengidap penyakit jantung sejak lapan tahun lalu dan pernah menjalani pembedahan pada tahun 2014.

“Ayah juga diuji dengan penyakit kencing manis, darah tinggi, dan baru-baru ini dikejutkan dengan masalah paru-paru yang lemah,” katanya ketika ditemui di kediamannya itu.

Menurut Mohd Sahabudin juga, disebabkan masalah itu, ayahnya sering mengalami masalah sesak nafas. Begitupun, dia sekeluarga gembira kerana Dr. Khairuddin sudi meluangkan masa, menziarahi mereka walaupun sibuk dengan urusan-urusan parlimen.

Dalam kunjungan tersebut, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus (PKAPKN) turut menyerahkan bantuan berupa barangan dapur dan wang tunai.

Turut hadir, Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTs) DUN Buluh Gading, Md. Fauzi Mustafa serta beberapa ahli jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Jeram dan Tanjung Sabtu.

Rombongan itu juga menziarahi tiga lagi keluarga di Kampung Tanjung Sabtu dan Kampungg Jeram sebagai rutin mingguan pusat khidmat bagi membantu rakyat yang kurang bernasib baik.






Tag: