• 16 Mei 2024 | 8 Zulkaedah 1445

Terus Sumbang Idea Kepada Negeri - Wan Sukairi

Sebahagian wanita PERANTAU merakamkan gambar kenangan sewaktu majlis berkenaan.
SEREMBAN, 14 Julai - Kerajaan negeri berharap Persatuan Anak Terengganu di Perantauan (PERANTAU) di seluruh negeri akan terus menyumbang idea dan pandangan terhadap pentadbiran negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berpendapat, anak-anak perantau dapat melihat dengan jelas kekurangan yang berlaku dalam pentadbiran.

"Kadang-kadang kami yang berada di dalam 'rumah' (negeri) tidak nampak apa yang perlu diperbaiki.

Wan Sukairi melayan anak-anak perantau yang hadir.
Tetapi, saudara-saudara yang di luar ini mungkin melihat lebih jelas sudut mana yang perlu diperkemas dan diganti dalam memastikan rumah ini sentiasa kukuh," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Sambutan Hari Raya dan Temu Mesra bersama PERANTAU Negeri Sembilan di Kompleks Al-Saadah, semalam.

Turut hadir ialah Presiden PERANTAU Pusat, Profesor Dr. Kamaruzzaman Yusof serta ahli-ahli jawatankuasa PERANTAU negeri.

Wan Sukairi turut menjelaskan, kerajaan negeri tidak pernah mengabaikan anak-anak perantau dan sentiasa berusaha membina hubungan yang baik.

"Majlis hari ini dan majlis-majlis yang diadakan adalah isyarat bahawa PERANTAU sentiasa dihargai," katanya.
Safri Ismail.
Dalam pada itu, Pengerusi PERANTAU Negeri Sembilan, Safri Ismail melahirkan rasa gembira atas kejayaan majlis berkenaan.

"Ini kali pertama PERANTAU peringkat negeri berkumpul.

"PERANTAU negeri ini baru ditubuhkan selama empat bulan dan kita telah berjaya mengumpulkan lebih seratus anak-anak perantau untuk bersama mengukuhkan hubungan dengan kerajaan negeri," katanya.

Beliau juga menyatakan kesediaan organisasi itu untuk terus menyumbang idea dan saranan terutamanya berkait pembangunan ekonomi negeri.


Tag: