• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Teruskan Peranan Sebar Maklumat-Mohd Nor

Mohd Nor (duduk tengah) bergambar bersama sebahagian kakitangan UKOM di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku Ismail

Unit Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM) diminta terus memainkan peranan membantu menyebarkan dasar kepemimpinan kerajaan baharu dari semasa ke semasa.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah Dan Penerangan Negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, UKOM yang akan dijenamakan semula diharap akan terus menyebarluaskan polisi serta dasar-dasar kerajaan kepada masyarakat umum.

“Sudah menjadi tanggungjawab UKOM untuk menyampaikan maklumat dan informasi yang tepat, benar serta terkini kepada masyarakat sehingga akar umbi mengenai pentadbiran kerajaan negeri masa kini.


“Selain memperjelas segala isu, unit ini turut berperanan menjawab segala pemberitaan tidak benar yang mungkin menimbulkan persoalan di kalangan masyarakat,” ujarnya ketika berucap di Majlis Perjumpaan Bersama Kakitangan UKOM di pejabatnya di Wisma Darul Iman, hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Nor turut mengingatkan agar sumber tenaga yang ada di UKOM digunakan sepenuhnya kerana ianya merupakan amanah dari Allah S.W.T.

“Walaupun kerajaan berubah, sebagai kakitangan awam kita perlu teruskan kerja seperti biasa dengan mengenepikan ideologi dan pendirian masing-masing dan sentiasa mencari keberkatan dalam bekerja,” ujarnya.

Tag: