Jalur Gemilang
Berita :
TFC Tersingkir Piala FA Selepas Tewas Kepada DPMM
TFC Tersingkir Piala FA Selepas Tewas Kepada DPMM
Ahmad Zaeem Zainudin
15 jam yang lepas
40

KUALA NERUS, 17 September - Terengganu FC (TFC) terpaksa melepaskan hasrat untuk mara ke suku akhir Piala FA 2026 selepas tewas 1-3 kepada Brunei DPMM FC (DPMM) pada aksi timbal balik di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam tadi.

Kekalahan itu menyaksikan TFC tersingkir dengan agregat 4-5 selepas sebelum ini mencatat kemenangan 3-2 ke atas DPMM pada aksi pertama.

Pasukan pelawat terlebih dahulu membuka tirai jaringan seawal minit ketujuh menerusi tandukan tepat pemain hadapannya, Ahmad Danial Ahmad Asri.

Dalam babak separuh masa pertama itu juga, TFC hampir dihukum buat kali kedua pada minit ke-32 selepas DPMM hampir menggandakan kelebihan, namun percubaan tersebut tidak menepati sasaran.

Tuan rumah bagaimanapun kembali bernafas lega apabila Manuel Gelito Ott meledak gol penyamaan pada minit ke-44 untuk menjadikan kedudukan 1-1 sebelum tamat babak pertama.

Namun, kelegaan itu tidak bertahan lama apabila DPMM kembali menguasai permainan pada babak kedua.

Miguel Angelo Agonstinho Oliveira meletakkan DPMM di hadapan sekali lagi pada minit ke-53 apabila meledak gol kedua pasukan sebelum Jordan David Murray menambah derita TFC dengan jaringan ketiga pada minit ke-64.

Kedudukan 1-3 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan, sekali gus menamatkan perjalanan TFC dalam saingan Piala FA 2026.


Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan