• 17 Mei 2024 | 9 Zulkaedah 1445

Tiga Maut Kemalangan Di LPT2


Chukai: Tiga termasuk dua wanita maut dalam kemalangan membabitkan empat kereta di Kilometer 313.7 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) arah selatan di Kerteh, 8.50 pagi tadi.
Mangsa yang maut adalah dua kakitangan bank di Dungun iaitu Siti Nur Alifah Md Yusuf, 27, dan Tan Lee Lee, 47, manakala seorang lagi, Azuddin Draman @ Muda, 45, kakitangan bank di Kuantan, Pahang.
Kemalangan itu dikatakan berpunca daripada Toyota Vios yang dinaiki dua wanita itu terbabas dan terbalik.
Proton Waja dipandu seorang lelaki dan Hyundai dipandu Azuddin gagal mengelak sebelum merempuh Vios terbabit.
Ketika Azuddin, Siti Nur Alifah dan Lee Lee berada di lorong kecemasan, kereta Honda Civic terbabas dan melanggar ketiga-tiganya.
Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Mohd Said Ibrahim mengesahkan kejadian terbabit dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Sumber : hmetro

Tag: