• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Tindakan Pantas JPKK Selamatkan Penduduk

Oleh : Mohd Hanafi Mohd Noor

MARANG, 9 Januari - Tindakan pantas Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) Surau Haji Daud berjaya menyelamatkan puluhan penduduk di sini daripada terjejas dengan bencana banjir kilat.

Pengerusi JPKK, Mohd Nasir Sidek memaklumkan beliau menerima aduan pada waktu pagi hari ini daripada seorang penduduk yang tinggal berhampiran mengenai limpahan banjir tersebut.

" Laluan air itu tertimbus kerana jalan terbabit masih  dalam proses pembinaan, jika lambat bertindak boleh mengakibatkan banjir di beberapa rumah dan kandang ternakan yang berada berhampiran," katanya ketika dihubungi UPDI.

Menurut Mohd Nasir, pihak JPKK sudah merancang untuk meletakkan culvet di lokasi berkenaan, namun cuaca hujan menyebabkan perancangan tergendala.

Kata Mohd Nasir, beliau berterima kasih kepada AJK JPKK yang turut sama turun ke lokasi untuk bersama-sama memasang segera culvet untuk mengelak keadaan bertambah buruk.

"Segala kesulitan penduduk yang terlibat amat dikesali,namun pihak JPKK akan sentiasa bersiap sedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku,"ujarnya.
 


Tag: