• 24 Apr 2024 | 15 Syawal 1445

Tingkatkan Ilmu Menerusi Program Keagamaan

DUNGUN, 12 September- Masyarakat Islam didaerah ini khususnya digalakkan untuk mendalami dan meningkatkan ilmu pengetahuan berkaitan fardu ain dan kifayah menerusi program-program keagamaan yang dianjurkan pelbagai pihak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik berkata, Dungun adalah daerah yang strategik untuk menjadi pusat ilmu. 

“Alhamdulillah disamping pembangunan yang kian meningkat naik, kuliah dan pengajian kitab sentiasa subur diadakan pelbagai pihak di daerah ini. 

"Abang, adik, mak dan ayah boleh turut serta dalam majlis-majlis seperti ini. Boleh bawa belaka mari dengar, dunia dapat, akhirat dapat," ujarnya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Daurah Mutun Islamiyah Matan 40 Hadis Galakan Berjihad yang disampaikan oleh Mudir Maahad Tahfiz Darul Fikri, Khairul Azmi Ismail di Masjid Pak Sabah, semalam.

Program tersebut dianjurkan Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu (DUAT) Dungun.

Wan Hapandi berkata, beliau sentiasa mendapat maklum balas yang positif setiap kali program sebegini dianjurkan. 

“Kita terima respon yang baik setiap kali mengadakan program-program begini. 

"InsyaAllah selepas ini lebih banyak siri daurah kitab akan diadakan khas buat warga Dungun yang cintakan ilmu,” katanya. 


Tag: