• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

DUNGUN, 4 Ogos – Karnival Terengganu Maju Berkat Sejahtera (KTMBS) merupakan medan untuk rakyat berkumpul dan melakukan pelbagai aktiviti bersama.

Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata karnival itu juga merupakan satu ‘paltform’ bertemu agensi-agensi kerajaan bagi bertanya dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka.

“Karnival ini juga merupakan ruang terbaik bagi kerajaan negeri untuk menyampaikan dan memaklumkan tentang apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan melalui kejayaan mahupun permasalahan sepanjang tempoh empat tahun mentadbir negeri,” jelasnya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Program Karnival Terengganu Maju Berkat Sejahtera (TMBS) DUN Rantau Abang bertempat di Dataran Seberang Pintasan, Dungun semalam.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan (ADUN) Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim dan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik.

Tambah Dr Samsuri, karnival TMBS peringkat Dun Rantau Abang ini diadakan bermula dari 4 hingga 6 Ogos 2022 dan diharapkan berjalan dengan lancar.

“Slogan ‘Terengganu Maju Berkat Sejahtera’ bukanlah sekadar sebutan di mulut sahaja melainkan satu ikhtiar dan komitmen untuk masa depan yang baik, bukan sahaja di dunia bahkan akhirat jua,” katanya.

Sementara itu pelbagai hadiah menarik yang disediakan kepada pengunjung yang hadir bagi cabutan bertuah seperti motosikal, peti sejuk dan pelbagai lagi.

 


Tag: