• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

TPM Ziarah Keluarga Arwah Zakari Di Kampung Gaung




Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menziarahi keluarga bekas Ketua Pemuda Bahagian Hulu Terengganu, Allahyarham Zakari Ali di Kampung Gaung, Kuala Berang, hari ini.

Beliau tiba di kediaman arwah yang juga sahabat karibnya,  pada jam 12.10 tengahari sempena lawatan kerja rasmi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Limbat, Marang.

Zahid kemudiannya menyertai majlis tahlil secara tertutup selama 20 minit di kediaman arwah sebelum bertolak ke Padang Bola Gelugur Kedai, Kuala Terengganu.

Sebelum itu, helikopter yang membawa beliau selamat mendarat di Padang Akademi Bomba Wakaf Tapai, kira-kira jam 11.35 pagi.

Turut mengiringi beliau, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd  Rahman,Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Dato' Jailani Johari,Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Dato' Tengku Putera Tengku Awang.

Hadir sama ADUN Ajil,Ghazali Taib, ADUN  Telemong, Dato' Rozi Mamat dan pemimpin setempat.

Allahyarham Zakari, 63, yang juga Pengerusi Sahabat Setia UMNO Hulu Terengganu merangkap Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Hulu Terengganu  meninggal dunia akibat penyakit saraf dan jangkitan kuman pada Sabtu lalu, ketika menjalani rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah(HSNZ), Kuala Terengganu

Tag: