• 06 Mei 2024 | 27 Syawal 1445

Tubuh Pusat Dakwah Ummah Di Pulau Perhentian





Oleh : Muhammad Syafiq Syakirin

Besut, 25 September – Kerajaan negeri bercadang menubuhkan Pusat Dakwah Ummah  (PDU) di perkarangan Masjid Pulau Perhentian dalam tempoh terdekat  bertujuan memperkasakan ilmu agama dan menghidupkan ‘roh’ islamiah kepada masyarakat di pulau itu.

Pengerusi JawatanKuasa Pembagunan Insan, Dakwah dan Penerangan , Mohd Nor Hamzah berkata pada masa sama mampu melahirkan lebih ramai  masyarakat berilmu, berakhlak dan berperibadi mulia dengan terbinanya pusat itu kelak.

“Langkah itu sejajar dengan hasrat kepimpinan negeri yang mahukan masjid-masjid di negeri ini dihidupkan dengan pelbagai program berfaedah.,”katanya.

Beliau berkata sedemikian ketika diminta memberi ulasan semasa lawatan ke Pulau Perhentian, semalam.

Katanya, kewujudan PDU di pulau itu dianggap sangat penting  kerana saluran penyampaian ilmu agama sangat terhad  berbanding dengan kehidupan masyarakat di tanah besar yang boleh menimba ilmu melalui pelbagai saluran termasuk program-program anjuran kerajaan .

“Dengan penerapan ilmu yang sempurna mampu berupaya mengelak daripada terpengaruh dengan budaya asing,”katanya


Tag: