• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

Tukang Masak Masuk Besi Dapat Perhatian Dr. Khairuddin

KUALA NERUS, 20 September - Tukang masak, Afiq Izzuddin Abdullah, 20, yang patah tulang peha kerana kemalangan baru-baru ini mendapat perhatian Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dalam program ziarah Cakna Kuala Nerus baru-baru ini.

Afiq kini dalam proses untuk melakukan pembedahan kali kedua bagi memasukkan besi.

Menurut bapanya, Abdullah Mohd, anaknya juga tidak mendapat apa-apa bantuan termasuk perlindungan keselamatan sosial PERKESO walaupun sudah 3 tahun bekerja.

Berikutan itu, Dr Khairuddin telah memberikan sumbangan bagi mengurangkan kos yang ditanggung keluarga Afiq.

"Saya juga menasihatkan dan menyarankan orang ramai yang bekerja supaya membuat caruman Perlindungan Keselamatan Sosial PERKESO untuk jaminan masa akan datang," katanya semasa aktiviti ziarah terbabit.

Turut bersama dalam program ziarah tersebut, Setiausaha Politik, Mohd Kamal Nazmi Kamaruddin dan Pengerusi MPKK Tok Jiring, Ustaz Muzaihar Kamal Mustapa Kamal.


Tag: