• 06 Mei 2024 | 27 Syawal 1445
Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.
Oleh: Nizam at-Takiri

KUALA NERUS – Ahli Parlimen Kuala Nerus, Ustaz Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mengingatkan orang ramai supaya menumpukan kepada amal ibadah selari dengan pertambahan usia.

Katanya, usia seseorang sentiasa bertambah apabila setiap kali masuk tahun baru dan setiap uban yang tumbuh di kepala seseorang memberi amaran kepada manusia tentang usia mereka.

 “Uban ini memberi peringatan kepada manusia tentang usianya dan menurut ulama, pada umur manusia memasuki 40 tahun, para sahabat Nabi S.A.W akan menumpukan pada ibadat sepenuh masa,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan Kuliah Maghrib Khas yang bertajuk, ‘Ambang 2019: Azam dan Cabaran Umat’ di Masjid Wakaf Tembusu, semalam.

Pada majlis ilmu itu, beliau turut berkongsi ilmu yang berkisar tentang sambutan tahun baru 2019 dan cabaran-cabaran umat Islam di era globalisasi ini dengan penduduk sekitar.

Tag: