Isu Banjir Di Perkampungan Darul Barakah Dapat Perhatian Kerajaan Negeri
KUALA TERENGGANU, 22 November - Ulama dan cendekiawan dari enam negara akan berkampung di Duyong Marina Resort esok sempena Terengganu International Summit.
Delegasi mewakili Palestin, Turkiye, Oman, Rusia, Indonesia dan Filipina dijangka membahaskan isu-isu kesatuan ummah dan memacu kemajuan negeri Terengganu ke arah kemampanan serta daya tahan ekonomi.
Isu berkait Palestin, perpaduan nusantara dan keamanan sejagat juga dijangka akan diketengahkan setiap panel enam negara terbabit.
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata ucaptama persidangan itu akan disampaikan oleh negarawan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang juga bekas Perdana Menteri Malaysia dan Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Majlis perasmian pula katanya akan disempurnakan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.
Beliau menambah, acara bermula jam 9 pagi hingga 5.30 petang.
"Melibatkan Exco Negeri Terengganu termasuk ahli Parlimen, negeri negeri SG4 (Perlis, Kelantan, Terengganu dan Kedah), Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam pusat dan pusat pendidikan.
"Penyertaannya terhad, tetapi insya-Allah akan ada siaran langsung di halaman Facebook Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI)," tambah Khalil lagi.