• 28 Apr 2024 | 19 Syawal 1445

Umat Islam Mula Puasa Selasa

KUALA TERENGGANU, 10 Mac - Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan bahawa Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada Selasa (12 Mac 2024).

Beliau berkata bagi menurut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

"Tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari tersebut," katanya lapor portal berita Sinar Harian pada hari ini.

Pengumuman ringkas itu disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini.

Sebelum ini, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui satu kenyataan menetapkan tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan permulaan puasa untuk umat Islam di Malaysia ialah hari ini, 10 Mac, Ahad bersamaan 29 Syaaban 1445 Hijriah.

Di Terengganu, Lokasi melihat anak bulan Ramadan ialah Bukit Besar (Kuala Terengganu), Bukit Geliga (Kemaman), Pulau Perhentian (Besut) dan Balai Cerap KUSZA (Mukim Merang, Setiu).

Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

 

 

 

 

 


Tag: