• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

UMNO Terengganu Beri Tumpuan Khusus Empat Parlimen

Ahmad Razif bersama pucuk pimpinan UMNO Dungun dalam Himpunan Semarak Kasih di SMK Bukit Besi, Dungun, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.

Empat parlimen bakal diberi tumpuan khusus supaya kerusi-kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan tersebut dapat ditawan semula.

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata UMNO Terengganu dalam usaha untuk merampas kembali DUN berkenaan. program Gempur Tumpuan Parti bakal dilancarkan dalam masa terdekat.

Katanya, program tersebut bakal bermula di Parlimen Kuala Terengganu seterusnya diikuti dengan Parlimen Kuala Nerus, Marang dan Dungun.


"Kita akan  keluarkan semuanya kerana nampak potensi dan peluang untuk kita menang mendapatkan kerusi DUN dan parlimen ini sangat cerah.

"Kita akan gunakan konsep perpaduan serta bersepadu. Semua jentera kita akan gandingkan selain dengan mendapat bantuan daripada pusat," katanya.

Beliau ditemui pemberita Himpunan Semarak Kasih Kepimpinan UMNO DUN Bukit Besi 2018 di Dewan Semerbak, SMK Bukit Besi, Dungun, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Biro Pendidikan UMNO, Tan Sri Dr Ibrahim Shah Abu Shah; Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud dan Ketua UMNO Bahagian Dungun, Dato' Din Adam.


Ahmad Razif yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri berkata, dengan apa yang dilakukan di Bukit Besi, beliau yakin DUN tersebut mampu menang dengan majoriti lebih besar.

Tambahnya, dengan kehadiran Tan Sri Dr Ibrahim ke Bukit Besi, ianya secara tidak langsung menunjukkan bahawa mereka mendapat bantuan dari UMNO Malaysia.

"Dengan kehadiran Biro Pendidikan UMNO, ianya secara tidak langsung juga memastikan bahawa DUN Bukit Besi ini akan mendapat majoriti besar sekaligus memudahkan kita memberi peluang untuk merampas kerusi parlimen," katanya.

Tag: