• 17 Apr 2024 | 8 Syawal 1445

UniSZA Jalin Kerjasama Dengan Universiti Di Medan Indonesia

Prof. Dato' Dr. Ahmad Zubaidi (dua kiri) bertukar dokumen dengan Dr. H. Ismail Efendi pada Majis MoA UniSZA-IKH di Bangunan Pentadbiran UniSZA, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kasim
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) hari ini menjalinkan kerjasama dengan Institut Kesehatan Helvetia (IKH) Medan, Indonesia bagi memberi peluang kepada kakitangan IKH melanjutkan pengajian di UniSZA bermula September ini.

Naib Canselor UniSZA, Prof. Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi Abdul Latif berkata, melalui Memorandum Perjanjian (MoA) yang ditandatangani dengan IKH, kerjasama julung kali itu akan memfokus kepada bidang kesihatan dan perubatan.

“Perjanjian ini bertujuan memberi peluang pendidikan kepada kakitangan akademik IKH melanjutkan pengajian mereka dengan mendaftar dalam program pascasiswazah yang ditawarkan UniSZA sekaligus meningkatkan jalinan kerjasama kedua-dua universiti dalam aspek penyeliaan pelajar dan penyelidikan.

“IKH juga bersetuju untuk menghantar beberapa staf akademiknya dan UniSZA bersetuju menerima dan mendaftarkan staf akademik IKH dalam bidang Sarjana Sains (Master) dan Doktor Falsafah (PHD) di UniSZA tertakluk kepada terma dan syarat perjanjian yang telah dicapai,” ujarnya kepada pemberita selepas Majlis MoA Antara UniSZA Dan IKH di Bangunan Pentadbiran UniSZA, hari ini.


UniSZA diwakili oleh beliau manakala IKH diwakili Rektor IKH, Dr. H. Ismail Efendi M.Si.

Hadir sama menyaksikan majlis tersebut ialah Dekan Fakulti Perubatan UniSZA, Prof. Dr. Nordin Simbak dan Koordinator Kopertis Wilayah Sumatera, Prof. Dian Armanto.

Sementara itu, Dr. H. Ismail Efendi berkata, buat permulaan seramai 17 orang kakitangan akademik IKH  akan mengikuti pengajian peringkat PHD  yang ditawarkan UniSZA melalui perjanjian ini.

Tag: